salam dude,
nie nak share,ambik dr fb kawan.. hehe.. encek zam dan hayati, tq..
Semua orang dalam dunia ini pasti ada keinginan untuk m...emiliki pasangan yang halal. Maksudnya berkahwin, terutamanya golongan yang masih muda dan bujang.
Sebut soal perkahwinan, perkara pertama yang akan muncul dalam minda kita semua adalah duit. Kalau tidak ada duit bagaimana nak kahwin? Sekarang ni bukan kahwin saja perlukan duit, masuk tandas awam pun kena bayar 50 sen.
Apa yang dapat saya lihat, hari ini perkahwinan yang mahal menjadi trend di kalangan masyarakat kita. Kos untuk satu majlis perkahwinan pasti melebihi RM10 000. Belum lagi dicampur dengan mas kahwin dan hantaran.
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Perkahwinan yang paling berkat adalah yang paling murah belanjanya”. Merujuk kepada apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang, sebenarnya masalah mahar yang tinggi itu tidak timbul kerana kebiasaannya ia sudah pun ditetapkan oleh majlis agama Islam negeri masing-masing.
Perkahwinan yang berkat
Apa yang menjadi persoalan kepada kita ialah mengenai hantaran belanja perkahwinan (selain daripada mahar itu). Keduanya, selain hantaran belanja (wang), pihak lelaki diperlukan juga membawa pelbagai hantaran lain, termasuk benda, pakaian, makanan dan seumpamanya, sama ada pada masa bertunang atau perkahwinan itu sendiri.
Walaupun boleh loan bank untuk membiayai belanja perkahwinan tetapi kita harus fikir yang akan menanggung hutang selepas itu adalah si suami. Tambahan pula jika suami ada hutang lain. Bayar rumah, kereta setiap bulan, hutang PTPTN dan sebagainya.
Si suami ini juga yang akan memberi nafkah. Sekurang-kurangnya wajib satu hari dua kali makan dan minum. Si suami wajib beri isteri dua pasang pakaian baru setahun, termasuk anak tudung, tudung, baju dalam, baju alas, baju, seluar dalam, kain dalam, kain, stokin, selipar/kasut. Ini baru keperluan belum kehendak si isteri.
“Aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM…” Nampak mudah sahaja akad nikahnya. Tetapi tahukah kamu wahai ibubapa sekalian bahawa maksud tersiratnya berbunyi begini:-
“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia lakukan, daripada mendedahkan aurat sehingganlah meninggalkan solat. Aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya. Aku tanggung semua dosa-dosa bakal anak-anak ku. Jika aku gagal maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah akan melibas badanku sehingga pecah”
Suami akan mengambil alih tanggungan dosa daripada ibubapa si isteri tadi. Sudah ada insan yang bantu untuk menanggung dosa anak kamu, maka untuk apa mahar atau mas kahwin yang tinggi dikenakan kepada menantu kamu? Saya berpendapat, masyarakat Islam tidak sepatutnya meninggikan hantaran belanja ini hingga kadangkala mencecah antara RM8,000 dan RM12,000 umpamanya.
Sebenarnya, bagi saya hal ini tidaklah begitu tepat dengan ajaran Islam dan kehendak Rasulullah kerana ini boleh membebankan urusan perkahwinan, malah ia mungkin menyusahkan.
Apatah lagi, hantaran yang berupa persalinan, bahan makanan yang kadang-kadang sampai berpuluh-puluh bekas, misalnya pulut kuning sampai tiga empat bekas, kek saja tiga empat bekas dan seumpamanya yang akhirnya semua benda itu rosak begitu saja tanpa disentuh sesiapa.
Hal ini juga kemudiannya berlarutan sehingga menjadikan kita terjebak dalam pembaziran sedangkan ia satu yang sangat ditegah oleh Islam seperti disebut dalam al-Quran orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.
Justeru, eloklah masyarakat Islam berhati-hati dalam perkara ini. Kalau kita inginkan sebuah rumah tangga yang bahagia dan mendapat keberkatan, janganlah kita terlalu meninggikan hantaran belanja perkahwinan.
Begitu juga dengan persalinan dan bahan makanan itu, biarlah ia setakat yang berpatutan sahaja.
gambar sekadar hiasan,hotbabes kawen x pakai cmtu ok.. hahaha..
me?
- fida farida
- im an ordinary lady.. family type person and happy go lucky lady(not a gurl anymore..hahaha..).. suka gelak2.. hehehe.. ;) blog is my place to express myself - feeling and opinion.. not a place for me to gossip2 people or mengata others.. i love Allah & Rassullullah at the 1st place then I love myself, my family and my friends.. they are my good and strong supporters.. I have a very big family and a lot of friends.. im not the person yang memilih kawan(at all).. if u are nice to me, definitely i will be nice to u either.. im a hardworking carrier woman.. last but not least, i love being myself even though everyday is not an easier day for me.. hehehe..
berapa hantaran kawen nanti? hahaaa....
ReplyDeletejumlah hantaran ni terpulanglah pada niat pasangan dan kemampuan bakal suami....
biarlah rahsia.. hahaha.. ya betul..
Deletejgn sbb nk menunjuk2..suami jd mgsa.. khidupan lpas kawen tu lg bnyk dugaan taw..
ReplyDelete**cantik gak paki camtu..kellassss!!
lepas kawin lagi bnyak nak guna duit.. kalau bunting pelamin,lagi lah pengsan nak cepat2 kumpul duit.. (budget leh bunting pelamin).. hahaha
ReplyDeletehmmm...tapi memang skang banyak pakai duit pon.tapi kan pasal tanggung dosa tu,ada gak yang cakap tak betul sebab dalam quran sendri cakap,kita tanggung dosa masing-masing.contohnya, kalau si isteri tak solat,suami tak tanggung dosa isteri tak solat tapi dia berdosa sebab tak tegur isteri supaya solat.
ReplyDelete