me?

My photo
im an ordinary lady.. family type person and happy go lucky lady(not a gurl anymore..hahaha..).. suka gelak2.. hehehe.. ;) blog is my place to express myself - feeling and opinion.. not a place for me to gossip2 people or mengata others.. i love Allah & Rassullullah at the 1st place then I love myself, my family and my friends.. they are my good and strong supporters.. I have a very big family and a lot of friends.. im not the person yang memilih kawan(at all).. if u are nice to me, definitely i will be nice to u either.. im a hardworking carrier woman.. last but not least, i love being myself even though everyday is not an easier day for me.. hehehe..

Popular Posts

Tuesday 11 October 2011

Selepas dunia.


Pengukir Kata's Photos
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) ya...ng memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.




☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
See More
By: Pengukir Kata, facebook.

Monday 10 October 2011

HOT BABES TU SISTER IN LAW AKU LAH

hello dude,

hotbabes baru je berjinak2 ngan blogs..
dapat plak kakak ipar yang cool and cun nie promote blog hotbabes nie kat blog dia..
thanks so much ek my dear kakak..
tpi blog hotbabes x sehebat blog dia yang sgt2 best.. if korang nak tngok cara dia promote hotbabes,klik kat sni ek..
msredcheesecake: HOT BABES TU SISTER IN LAW AKU LAH

p/s: follower suma.. thanks...

Thursday 6 October 2011

budak bandar masuk kebun

hello dude,

nie sebenarnya cerita pasal kami 3 budak bandar masuk kebun durian.. kitorang nie x lah bandar sgt.. hahaha.. tpi rumah masing2 di tengah2 kota dan bandaraya yang besar dan padat.. satu hari nie,kami di jemput oleh seorang kawan lelaki yang sangat baik hati plus baik budi pekerti... (baik ker??..) si bubu.. ke rumah dia di Ipoh perak.. kitorang bertiga nie apa lg,memang excited giler lah..

sebelum bertolak nie kawan hotbabes si ainor nie dah ckp,aku rasa macam dia nak ajak pegi kebun durian.. hotbabes pun wat x take port lah.. kitorang ajak lagi sorang si miok.. miok nie patutnye kerja hari tu.. hotbabes paksa dia ambik cuti sbb sabtu je pun.. jahatkan hotbabes nie.. hahaha.. rupanya dia x tahu menahu kitorang nak pegi kebun.. dia bawa suma seluar n baju cantik2.. hahaha.. (kesian dia..) dia nie kekadang tu innocent skit.. tulah buat kitorang sayang kat dia kot..

tapi champion innocent si ainor lah.. smpai kekadang tu kitorang tergelak jahat kat dia... tpi hati dia memang sgt lah baik...

nie lah si ainor.. nie kitorang baru smpi kat umah bubu.. masuk je rumah dah bau durian semerbak.. terbeliak mata kitorang tengok banyak gler durian.. sedap x hengat...

org lain dah join pun,kitorang x berenti lagi makan.. huhu.. sedap x hengat... tom pun sampai x renti2 makan siap buka kan lagi banyak n gf dia yang baik nie yasmine duk risau lah dia makan banyak sebab takut semput malam tu nanti..hahaha.. tom..tom..

lepas je makan,kitoang start pegi ke kebun yg jauh 30km dr umah bubu.. nie lah muka excited kitorang.. hahaha.. yang baju merah,senyum manis tu lah si miok.. topi pinjam mak si bubu punyer.. comel x?? hahaha..


On the way nak pegi kebun,parents bubu singgah beli cendol.. best sgt makan cendol kat dal kebun.. si bubu yang rajin tolong tuangkan cendol dalam bekas.. thanx bubu..


nie upacara menyuap cendol.. si ainor nie memang ska nak bermanja ngan kitorang.. dia ada split personality sebenarnya.. hahaha.. kalau dia tetiba mengaku dia puteri.. habis lah hotbabes ngan miok jadi dayang dia.. pengsan melayan kerenah dia.. bubu plak dat gelaran laksamana.. hangin jer dak tu.. hahaha..


ainor ngah excited jumpa baby durian,comel kan.. bubu muka malsa nak layan.....


nie lah hasil durian yang dipetik.. eh,durian x petik tau.. di kutip sebab dia jatuh sendiri bler dah masak..
ok,nak posing kat dalam kebun plak.. bubu tersekksa mengangkat durian tu tau...
nie posing je tau.. dia angkat x sampai 3 minit pun.. sebab durian lagi berat dr tuan.. hahahaha


abang-abang gagah yang berusaha angkat durian..


nie lah cara membersihakn durian dari pasir dan daun2 kering.. sebab bler dia terhempas jatu ke tanah, pasir and tanah2 suma melekat kat durian tu..

Lepas tu kitorang pun balik rumah dan makan malam.. malam pun makan durian lagi.. 2 hari kat ipoh,memang keje makan durian jer.. thanks to bubu for the pictures and inviting us to ur kampung.. next time ajak lagi ok.. 

Wednesday 5 October 2011

Cemburu atau iri hati

hello dude,
apa beza cemburu dan iri hati.. siapa pandai?? hotbabes pun x tau apa bezanya.. tpi nak bagi tau u all,dua2 tu sifat yang dibenci.. jangan kata sape lah,semua org benci sifat tu.. tapi,sifat tu lah paling teruk dalam hati setiap manusia.. nauzubillah minzalik..

jangan kta perempuan je,sebenarnya lelaki pun macam tu.. sifat nie mula wujud di dunia nie sejak zaman nabi adam diwujudkan lagi.. apabila,syaitan sangat cemburu allah menciptakan nabi adam..

zaman sekarang pulak masih ada yang cemburu dengan org yang paling rapat seperti adik beradik.. adalah kawan hotbabes nie, dia budak lagi.. dia cerita kakak dia sangat cemburu dengan dia sebab apa yang dia minta,mak dia bagi.. hotbabes nasihat kat dia,lain kali minta lah 2 sekali.. kalau ko minta baju,ko mintak lah tuk akak ko.. kalau ko mintak hp,ko suh mak ko beli dua tuk akak ko sekali.. kan senang.. dia tercengang dengar nasihat hot babes yang rock gler.. dia ingat hotbabes nak jadi batu api agaknya ckp,apalah akak ko tu.. ngan adik pun nak jeles...

hotbabes tau apa yg dia rasa,sbb hotbabes merasa jadi adik dan kakak tapi x penah pulak kitorang ada problem kecik2 macam tu..

yang jeles x elok nye,macam office mate.. bukan main jeles kalau org ada handbag baru atau handphone baru.. yang hotbabes slalu buat macam nie jer.. fikir,ini yang allah bagi kat dia,mungkin aku punya rezeki x ada lagi.. doalah,mintak murah rezeki ke apa kan..

sebenarnya cemburu nie dari hal kecik sampai ke hal besar.. pasal kawin kat hotel pun ada org nak buat mulut,gaji naik mula lah org nak buat bomoh dan kes2 besar sampai kes saman-menyaman..

nauzubillah minzalik... semoga kita x termasuk dalam golongan ini ye kawan-kawan... salam..

makin tunduk makin berisi

hello dude,
terasa lamanya hotbabes x buka blog nie.. hehehe.. Pepatah melayu, perumpamaan padi iaitu semakin tunduk semakin berisi sebenarnya amat penting dlm kehidupan manusia agar menjadi seorang yang lebih merendah diri atau down to earth lah kiranyakan..

kenapalah hotbabes tetiba nak cerita pasal benda nie kan.. puncanya bler tngok ramai sgt org nak berdebat dgn org lain yang lebih pandai dan sedangkan si pedebat tu bukan pun mempunyai ilmu, menuntut ilmu dan paling memalukan buku dan surat khabar pun x penah nak bukak.. apakehey nye yop nak debat ngan mereka yg lebih arif dlm sesuatu bidang dan ilmu itu sendiri..

dulu hotbabes penah masuk club karate n sebenarnya,smpai skarang masih lagi menjadi ahli kelab.. mse kitorang belajar dulu ada 1 mamat nie tetiba dtng mase kitorang tengah praktis dan siap nak ajak berlawan dengan master hotbabes nie.. master nie cool jer.. layan kan mamat tu.. dia tnya,u tali pinggang apa?? mamat tu jawab x de,baru nak join tpi saya pandai lawan.. master jawab, saya x boleh lawan awak sbb saya tali pinggang hitam,kalau saya lawan awak,apa2 jadi pada awak saya yang bersalah.. mamat tu jawab, kenapa pulak salah,saya yakin saya lagi kuat dengan awak.. akhirnya, master cakap,x pe.. awak join dlu,nanti dah lama kita lawan..

dia dengan semangat pun join.. 1st day training pancit.. x sampai 30minit, dia dah nak pengsan.. dia cakap dekat master,awak memang bagus,saya x boleh kalahkan awak..

master pun borak lah ngan kami semua tanpa mamat tu.. dia ckp,biasalah manusia.. ada ilmu sikit dah berlagak.. sedangkan org yg bnyak ilmu pulak akan rasa setiap hari dia kekurangan ilmu dan dia semakin bersemangat untuk menimba ilmu..

ayah hotbabes penah cakap,lagi banya kita membaca dan belajar lagi banyak lah kita x pandai sebab ilmu allah nie sangat lah luas.. yang ada pada kita nie hanyalah setitik air daripada seluas lautan dunia.. masyaalah...

sebagai contoh,allah telah menjanjikan syurga pada nabi muhammad s.a.w tetapi nabi masih beribadat dengan sekuat-kuat hati seolah-olah esok telah mati..

P/s; jangan kecoh berapa bnyak kita dah buat,apa kita dah buat atau apa kita dah bagi... tanyalah,apa yang belum kita buat,apa yang masih tidak kesampaian dibuat.. pahala apa yang kita x dapat lagi... supaya kita selalu tercari-cari jalan membuat kebaikan...ini adalah nasihat kepada diri sendiri dan sahabat2 yang sudi membaca..hehe...

allahua'lam..